Thursday 24 February 2011

Cheese Tarts



Gambar diatas adalah merupakan cheese tarts dengan blueberry filling yang masih belum dibakar lagi di dalam oven. Selain daripada blueberry, kami juga ada menggunakan beberapa pilihan filling lain seperti strawberry, kiwi, mango & OREO mengikut kepada citarasa masing-masing.

Wednesday 23 February 2011

Salam Pengenalan

Assalamualaikum w.b.t kami ucapkan kepada semua pengunjung-pengunjung blog ini....

Syukur kehadrat Allah S.W.T dengan limpah & kurnianya maka tercetuslah idea untuk kami untuk memulakan perniagaan perkongsian ini secara sambilan berasaskan kepada minat & kepandaian kami sendiri. Bermula dengan aktiviti2 kumpulan yang biasa diadakan setiap minggu atau bulan di kediaman kami....maka terlahirlah cetusan idea untuk kami cuba mengkomersialkannya dan menerima tempahan di atas permintaan & sokongan kawan-kawan.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa kami menamakan blog kami ini sebagai SEDAP ONLINE?...Jawapanya mudah sahaja.....jangan ditanya soalan itu kerana ideanya lahir secara spontan sahaja dari mulut kami. Tetapi untuk menampakkan agar ianya ada sedikit kelainan, maka kami telah menggabungkan 2 perkataaan yang ada ciri-ciri Bahasa Melayu iaitu SEDAP & ciri-ciri Bahasa Inggeris iaitu ONLINE. Sedap dah tentu bermaksud lazat, delicious, lazat, delicious .....& maksud2 yang anda sendiri fahami. Nak tahu lazat ke tidak......anda kenalah cuba & order dahulu! Belum cuba, belum tahu.....Tempahan pula boleh dibuat secara online ataupun secara terus.

Buat masa ini, proses pembuatan, pembungkusan  & pengedaran hanya dilakukan di kediaman kami di Puchong. Tempahan yang diterima pula adalah terdiri daripada rakan-rakan sepejabat serta rakan kepada rakan-rakan kami yang lain. Buat sementara waktu tempahan yang diterima hanya untuk penduduk-penduduk di kawasan Selangor serta Lembah Kelang sahaja. Kalau untuk negeri-negeri yang lain tu...harap maaflah ya....tak tersampai lagi kudrat kami untuk menghantarnya.

Sekiranya anda yang duduk di kawasan-kawasan terdekat berminat untuk membuat tempahan, boleh hubungi kami secara terus atau sila lawati fanpage kami di Facebook: http://www.facebook.com/album.php?aid=37200&id=100000390589078&saved#!/pages/SeDaPOnLinE/184105501630959. Nombor telefon kami juga ada terdapat di fanpage tersebut.


Sekian, terima kasih .

Jane & Gmah